Pages

24 January 2010

Boys Vs Gurls

Tatkala pompuan merindui lelaki

Tido tak lena gelisah di hati

Golek golek kanan dan kiri

Sedar sedar tak lena sampai ke pagi

Lain pulak dengan lelaki

Rindu kat pompuan pun tak henti henti

Tido malam pusing kanan dan kiri

Sedar sedar bukak mata dah tengahari

Apabila rindu menguasai diri

Pompuan asyik terkenang si lelaki

Leka mengelamun sampai tak mandi mandi

Makan minum pun kadang kadang dah tak peduli

Begitu juga dengan si lelaki

Rindu kat pompuan sampai tak sedar diri

Terbayang wajah hingga tido termimpi mimpi

Silap silap kena mandi wajib bila bangun pagi nanti

Jika rindu sudah bersarang di hati

Kejap kejap pompuan telefon lelaki

Tanya khabar itu dan ini

Walaupun soalan yang sama berkali kali

Lelaki pun juga sama macam tu

Tepon pompuan berkali kali bila dah rindu

Asyik dok cakap i miss you, i love you

Entah betul entah entah dok menipu

Tapi semua ni tak kisah la kan

Baik lelaki atau pun pompuan

Bila rindu, tadak benda lain dalam fikiran

Asyik teringat masing masing punya teman

Kalau boleh nak segera jumpa berdua duaan

Tapi cuma satu saja teman nak pesan

Bila jumpa tu jangan buat benda bukan bukan

Ingat sama kat Tuhan, jangan jadi syaitannnnnn....

... PANTUN IKOT NEGERI...

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
(org kolmpo jgn kocik ati!!)

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

04 January 2010

Love is Cinta

Cinta bukan sekadar perasaan menyayangi semata-mata
Tetapi apa yang lebih penting adalah harus juga ada
Keikhlasan kerana perasaan menyayangi itu
Boleh datang dan pergi begitu saja.
Cinta juga tidak akan berakhir kerana
Memang cinta tidak harus berakhir..
Jangan pernah merasa takut untuk
Jatuh cinta kerana akan terasa menyakitkan
saat kamu diabaikan ataupun kamu
Sendiri yang menyebabkan rasa sakit itu tercipta
Jangan terlalu mengikuti kata hati
Kerana akan membuat kamu semakin terluka
Dan terus menerus menangisi rasa sakit itu..
Saat mencintai seseorang, kamu harus
mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan .
Bukan cinta andai ianya hanya membahagiakan
Cintailah seseorang seperti sungai
yang akan mengalir selamanya.
Kerana jika kamu mencintai seseorang
seperti bunga.. Bunga akan mati saat musim berganti..

.•❤•.¸✿¸.•❤ Chenta Atieka •❤•.¸✿¸.•❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers