Pages

21 November 2010

bacalah....

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknyayang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta


Chenta Bintang

PEOPLE ARE NOT PERFECT !!!

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

20 November 2010

awak...saya sayang awak..awak baca tau..



saya sayang awak..

tapi betul ke saya sayang awak??

awak sayang saya ke??

kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??

awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..

memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..

tp awak xhalal lagi utk saya kan??

saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..

tapi sayang ke kalau bila dengan awak,

saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya,

yang kasi saya perasaan cinta kat awak.

.saya lupa solat, saya lupa dosa..

saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..

tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..

awak baik, selalu solat awal..

tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??

masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..

tp kt tempat xde orang,

kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??

saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..

tp nape awak xsimpan duit tu dulu..

kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...

saya takut..takut sangat..

takut bila ingat pe yang kita dah buat..

saya nak awak jadi halal utk saya..

tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..

kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..

saya nak awak jd imam saya..

nak sgt share everything dgn awak..

saya nak jadi kekasih halal awak..

tapi betul ke cara kita wak??

saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..

tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??

macam mana kalau tiba2 Dia yg kat atas tu panggil kita pergi..

xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..

boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??

kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk,

pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..

betul saya sayang awak..tapi,

sampai bila kita nak camni??

awak..saya dah fikir lama...lepas ni,

kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk,

xnak call awk, xnk vc, mms or wc,

awak jgn salah faham tau..

saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..

awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..

dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang,

saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..

kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..

saya nak jaga hati awk..

tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..

saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..

saya suka buat awak cair dgn saya..

jahatnya saya..awak saya banyak dosa..

awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??

awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..

baru la awak xpandang orang lain dah..

saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..

awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..

tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik....

banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..

tapi saya sayang awak..pe kita buat,

bukan ada org tahu pn...

sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??

saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..

xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..

awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..

tp mungkin saya lalai gak nanati..

syaitan selalu ada dgn saya..

suka je dia kalau saya keluar dgn awk,

goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.

tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..

kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..

camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..

awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??

camne saya nak jadi bidadari awak??

saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat,

layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??

malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..

utk diri saya gak, utk parents saya..tp,

kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??

saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..

utk babies kita nanti..

nak jadi mom yg the best..

huhutinggi betul cita2 saya..

saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..

nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..

mesti bahagia kan..

kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,

so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..

awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..<3<3<3





16 November 2010

Akhirnya..

....
akhrnya update gak blog aku ni.,.. bkn aper bz jer mnjang.. hmm bz ker??? haha..
1st.. ak hppy dd blik umah... yes!! dpat brayer gak kt umah... tp hr ni agak mmntkn bg aku..
dr smlm lpas jer final trus kuar cri bus.. nk balikkk!!!
waaaa.... rndu ngn mak ngn ayah.. adik2 ag...bie jgk heheh..
naik ats bus lgu sdih.. waaduh... hncus.. umi 2nggu along.. 2 y aku ckap..
sonok blik ni..tp y xsonok aku kna naik g KL dulu.. coz???
harap maaf cik tiket habis uwaaa... nk blik gak... so cri alternatif lain blik ngn maksdara jaja..
hmm nsib baik la kn... smpai KL pnat woo.. mkn n tdoo.. esok2 bngun blik... hahah
blh blik klntan gak...
balik aja umah bnyk woo kejer aku kna bt.. kmas umah la... psang lgsir la.. huhu
mak along pnat tp mood rayer ad so hlang ckt pnat...smpai bie pn lupa hehhe sowry bie.. bkn lupa tp terbz ckit.. maap ya!!soo.... esok kta pakat g tgok lmbu..
soo.. skang aku nk tdo... bye dearry..



Chenta & Bintang

.•❤•.¸✿¸.•❤ Chenta Atieka •❤•.¸✿¸.•❤

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers